Hidup Hanya Sementara

Manusia sangat gembira membicarakan tentang kehidupan. Kegembiraan yang kekadang menyebabkan mereka sangat sukar menerima sebuah kematian. Menyukai kehidupan adalah fitrah tetapi menolak kematian adalah melampau...

Setiap yang hidup pasti menempuh mati, maka setiap yang mati pasti akan dihidupkan kembali untuk dihisab di akhirat nanti...

Bersediakah kita berhijrah ke alam akhirat....????

Wednesday, March 3, 2010

Mencari ILMU Satu Perjuangan

Ilmu adalah satu kurniaan Allah kepada manusia. Manusia yang mencari ilmu adalah menusia yang mencari dan melengkapkan diri dengan kurniaan Allah.
Manusia yang bencikan ilmu adalah manusia yang tidak dapat menilai kurniaan Allah Taala. Ilmu menjadi satu unsur penting yang menyebabkan menusia menjadi hamba dan khalifah.....Manusia yang berada dalam majlis ilmu adalah manusia yang berada dalam TAMAN SYURGA....

Thursday, January 7, 2010

SOAL JAWAB AGAMA

Assalamualaikum...
Salam ukhuwwah kepada semua pengunjung yang sudi menjengok ke laman ini. Kepada sahabat-sahabat yang mempunyai persoalan agama dan semasa bolehlah kita berkongsi dalam laman ini. Semoga ianya mendatangkan manfaat kepada semua....

DIDIKLAH MEREKA...

AnaK Amanah untuk Memikul Amanah

Anak adalah amanah yang perlukan didikan terbaik dari ibubapa, guru dan masyarakat Islam. Mereka perlu dibiasakan dengan memikul tanggungjawab agar mereka dapat berperanan dalam kehidupan. Memberikan mereka peranan akan menjadikan mereka seorang yang berfungsi. Secara nalurinya manusia akan measakan diri mereka dihargai apabila kita berikan peranan dan tanggungjawap yang sepadan dengan kemampuan mereka. Manakala memberikan tanggungjawap melebihi kemampuan mereka akan menjadikan mereka manusia teraniaya. Begitu jua memberikan peranan kepad mereka menjadikan mereka manusia yang terasa terhina. Manakala tidak mengfungsikan mereka atau tidak memberikan mereka tugas serta perana menjadikan mereka tidak diperlukan oleh yang lain. Mereka perlu menyedari bahawa mereka adalah aset utama negara. Maka fungsikan mereka agar mereka bersedia untuk menempuh cabaran yang lebih menguji mereka. Memberikan fungsi menjadikan mereka manusiawi, menghalang mereka berfungsi menjadikan mereka leka dengan dunia khayalan mereka sendiri...

Guru oh Guru

Selamat Bertugas wahai guru generasi baru. perjuangan masih jauh, kuatkan semangat dan teguhkan tekat dalam menghadapi cabaran dan dugaan. semuanya itu menjanjikan keredhaan dan kerahmatan Allah kepada mereka yang istiqamah dan komitet dengan tugas membina generasi baru pewaris perjuangan para nabi.... selamat berjuang.

Wednesday, August 13, 2008

Ahlan Wasahlan

Assalamualikum...

Bersyukur kepada Ilahi kerana memberikan peluang untuk saya menyertai teman-temanyang lain di ruangan maya ini. Semoga Allah menjadikan ruangan ini peluang agar lebih mendekatkan diri ini kepada Allah dan terus menempuh perjalanan memartabatkan Islam sebagai Agama Rabbani