
Anak adalah amanah yang perlukan didikan terbaik dari ibubapa, guru dan masyarakat Islam. Mereka perlu dibiasakan dengan memikul tanggungjawab agar mereka dapat berperanan dalam kehidupan. Memberikan mereka peranan akan menjadikan mereka seorang yang berfungsi. Secara nalurinya manusia akan measakan diri mereka dihargai apabila kita berikan peranan dan tanggungjawap yang sepadan dengan kemampuan mereka. Manakala memberikan tanggungjawap melebihi kemampuan mereka akan menjadikan mereka manusia teraniaya. Begitu jua memberikan peranan kepad mereka menjadikan mereka manusia yang terasa terhina. Manakala tidak mengfungsikan mereka atau tidak memberikan mereka tugas serta perana menjadikan mereka tidak diperlukan oleh yang lain. Mereka perlu menyedari bahawa mereka adalah aset utama negara. Maka fungsikan mereka agar mereka bersedia untuk menempuh cabaran yang lebih menguji mereka. Memberikan fungsi menjadikan mereka manusiawi, menghalang mereka berfungsi menjadikan mereka leka dengan dunia khayalan mereka sendiri...
No comments:
Post a Comment