Hidup Hanya Sementara

Manusia sangat gembira membicarakan tentang kehidupan. Kegembiraan yang kekadang menyebabkan mereka sangat sukar menerima sebuah kematian. Menyukai kehidupan adalah fitrah tetapi menolak kematian adalah melampau...

Setiap yang hidup pasti menempuh mati, maka setiap yang mati pasti akan dihidupkan kembali untuk dihisab di akhirat nanti...

Bersediakah kita berhijrah ke alam akhirat....????

Thursday, January 7, 2010

SOAL JAWAB AGAMA

Assalamualaikum...
Salam ukhuwwah kepada semua pengunjung yang sudi menjengok ke laman ini. Kepada sahabat-sahabat yang mempunyai persoalan agama dan semasa bolehlah kita berkongsi dalam laman ini. Semoga ianya mendatangkan manfaat kepada semua....

2 comments:

siti ika said...

ustaz.. tentang kes pnederaan shafiah humairah...

boleh ke kalau kita gelarkan suspek sebagai iblis laknatullah..

mereka (penulis blog) kata, sebgai tanda kita menentang perbuatannya, dan kata mereka gelaran itu memg sesuai dengan perbuatan suspek..

Dr. Zawawi Ismail said...

Manusia yang bersalah perlu dihulum dengan hukuman Allah bukan dihina dengan penghinaan manusia. Hukuman Allah bukan untuk mengutuk atau menghina manusia tetapi menjadi penawar serta elemen didikan agar mereka menyedari kesilapan mereka. Sebagai daie kita berperanan mendakwah siapa sahaja,

Dalam isu yang dikemukakan. Saya tidak bersetuju dengan tindakan tersebut kerana mahkamah belum mensabitkan kesalahan tertuduh. Dalam Islam tertuduh dalam sesuatu jenayah belum lagi bersalah selagimena dia tidak diibuktikan dalam mahkalah Islam sebagai pesalah.

Tindakan menghina dan memberikan gelaran iblis kepada yang tertuduh adalah perbuatan dosa kerna mereka belum bersalah.Allah berfirman maksudnya jangan kamu memggelar sesama kamu dgn gelaran yang buruk".

Wallahu a'lam